Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ditemui pemberita selesai majlis perasmian Pesta Sungai Kampung Simpok 2025 di Padawan pada Sabtu. Foto TVS

Ketengah keunikan warisan budaya Bidayuh Bisapug

PADAWAN, 24 Mei: Tebingan sungai Kampung Simpok digamatkan dengan kehadiran penduduk kampung serta sekitarnya yang hadir bagi memeriahkan Pesta Sungai Kampung Simpok 2025 sambil mengenakan busana tradisional suku kaum Bidayuh Bisapug.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pesta tahunan yang telah dianjurkan sejak 2017 ini, menjadi satu acara Pra Gawai yang amat dinanti-nantikan oleh kesemua komuniti di sekitar kampung itu.

Menurutnya, perarakan rakit berhias berkonsepkan rumah tradisi Bidayuh oleh komuniti Kampung Simpok merupakan tarikan utama pengunjung ke pesta itu dan baginya, ia perlu diteruskan untuk tahun mendatang kerana selain menjadi aktiviti keraian, pesta ini turut memperkasa serta menjadi platform dalam meneruskan legasi adat-resam suku kaum Bidayuh.

“Budaya Bidayuh perlu dipelihara kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri dan jarang ditemui di tempat lain dan ini menjadikannya satu tarikan yang begitu istimewa.

“Meskipun terdapat sedikit perbezaan elemen budaya di kawasan-kawasan lain, contohnya dari segi pakaian dan sebagainya, ia bukanlah faktor utama yang membezakan kita, sebaliknya inilah ramuan yang mampu menyatupadukan kita,” ujarnya.

“Oleh itu, apabila saya menyebut ‘Indi Rawang, Indi Asung’ atau Sehati Sejiwa, dari situlah kita dapat melihat mendalamnya erti perpaduan itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai merasmikan Pesta Sungai Kampung Simpok 2025 di Padawan pada Sabtu.

Pada majlis yang sama, Roland turut menyampaikan insentif pendidikan kepada 47 pelajar di kalangan anak-anak Bidayuh Bisapug yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPM) 2024.

Lebih 1,000 pengunjung hadir untuk memeriahkan Pesta Sungai Kampung Simpok 2025.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan