Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat telah menyekat sementara rancangan kerajaan AS untuk mengecualikan pelajar asing daripada memasuki Universiti Harvard, lapor agensi berita Jerman, dpa. Foto fail AFP

Hakim AS halang larangan pelajar asing di Harvard

ByBernama

WASHINGTON, 24 Mei: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat telah menyekat sementara rancangan kerajaan AS untuk mengecualikan pelajar asing daripada memasuki Universiti Harvard, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Perintah injunksi sementara yang dikeluarkan oleh Hakim Allison D. Burroughs itu menghalang kerajaan daripada melarang universiti berkenaan daripada terus menerima pelajar antarabangsa melalui satu program khas persekutuan.

Universiti itu telah memfailkan saman terhadap langkah kerajaan AS di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Massachusetts hanya beberapa jam sebelum keputusan hakim diumumkan.

Dalam saman itu, Harvard menuduh pentadbiran Presiden AS Donald Trump cuba memberi tekanan ke atas institusi itu melalui tindakan balas yang didakwa tidak sah.

Keputusan hakim itu mungkin hanya langkah pertama dalam pertikaian undang-undang yang panjang. Ia bukanlah satu keputusan muktamad.

Hakim Burroughs menyatakan bahawa jika arahan kerajaan itu diteruskan, Harvard akan mengalami kesan serta-merta yang serius dan tidak dapat dipulihkan sebelum semua pihak sempat menyuarakan pandangan mereka.

Beliau turut mengarahkan prosiding didengar segera selepas saman difailkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan