SIBU, 24 Mei:Dua bengkel jenis berkembar dua tingkat di Kilang Gong Yun Enterprise, Jalan Wawasan di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Komander Operasi, Mohd Faizal Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.29 malam dengan menggerakkan 23 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dibantu BBP Sibu Sentral ke lokasi kejadian.
“Sebuah bengkel terbakar 80 peratus manakala sebuah lagi 20 peratus yang hanya melibatkan lapisan fiber bahgian bumbung.
“Turut terbakar dalam kejadian ini ialah sebuah kereta mewah jenis BMW,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pasukan keluaran BBP Sungai Merah menggunakan teknik ofensive dan defensive satu aliran, 300 kaki, Dua pancutan untuk memadam kebakaran dari bengkel 9A serta satu aliran 300 kaki, satu pancutan dari bengkel 9B menggunakan sumber air pili Bomba.
“Pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Sibu Sentral sehingga terkawal dan tiada kemerebakan.
“Kebakaran tiada melibatkan mangsa, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya -TVS