Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku bertajuk "A Legacy of Empowering Dayak Women - Tan Sri Dato Sri Empiang" di Kuching. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Buku biografi Tan Sri Empiang sorot pejalanan hidup, sumbangan perkasa wanita

ByAdlina Rahman

KUCHING, 24 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini melancarkan sebuah buku biografi bertajuk Tan Sri Datuk Empiang: Legacy of Empowering Dayak Women yang mengisahkan perjalanan hidup dan sumbangan besar Tan Sri Empiang Jabu dalam memperkasa wanita Dayak.

Tan Sri Empiang merupakan tokoh wanita Dayak yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selama 10 tahun.

Beliau dikenali sebagai pejuang gigih dalam memperkasakan wanita luar bandar dan memperjuangkan kelestarian warisan budaya Iban.

Dalam ucapannya pada majlis pelancaran, Empiang menyeru agar kaum wanita khususnya wanita Dayak di kawasan luar bandar menguasai kemahiran teknologi moden termasuk teknologi digital, multimedia dan kecerdasan buatan (AI).

“Pelajarilah dan kuasailah kemahiran teknologi. Sentiasalah peka terhadap perkembangan serta aplikasi teknologi moden seperti digital, multimedia dan AI, kerana kemahiran ini amat diperlukan dalam usaha menjadikan Sarawak sebuah wilayah yang paling maju, progresif dan makmur menjelang 2030,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan pendidikan sebagai landasan utama dalam usaha memperkasakan wanita Dayak terutama di kawasan pedalaman.

“Pendidikan memberi suara kepada pengalaman-pengalaman yang membentuk dan mempengaruhi saya untuk terus mengejar impian meskipun laluan yang ditempuhi penuh ketidaktentuan.

“Saya percaya pendidikan ialah pemangkin paling berkuasa dalam memperkasa wanita Dayak. Ia adalah cahaya yang membuka ruang kepada pelbagai peluang dan kemungkinan tanpa batas,” ujarnya.

Teks biografi Tan Sri Datuk Empiang: Legacy of Empowering Dayak Women yang disusun oleh Regina Garai dan Neilson Ilan Mersat merupakan testimoni ketabahan, kepimpinan dan semangat juang beliau yang telah memberi inspirasi kepada ramai wanita Iban di kawasan pedalaman serta membuktikan bahawa suara wanita dari luar bandar mampu memberi impak besar kepada pembangunan negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan