Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin semasa Majlis Penangguhan Gawai Dayak Bazaar 2025 di Permyjaya pada Jumaat. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Bazar Gawai Dayak serlah keunikan Sarawak

ByVanessa Enjop

MIRI, 24 Mei: Bazar Gawai Dayak yang dianjurkan saban tahun di Miri bukan sahaja menjadi platform keusahawanan, malah mencerminkan perpaduan dan kemeriahan budaya masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, cetusan idea bagi penganjuran bazar tersebut bermula lebih sedekad lalu.

“Ketika itu saya lihat Tahun Baru Cina ada Bazar Gong Xi Fa Cai, Ramadan pula ada Bazar Ramadan. Jadi saya cadangkan agar Gawai Dayak turut diraikan dengan Bazar Gawai. Bukan sekadar cadangan, saya turut beri peruntukan tahunan termasuk RM10,000 tahun lalu, untuk memastikan ia menjadi kenyataan,” katanya ketika berucap semasa Majlis Penangguhan Gawai Dayak Bazaar 2025 di Permyjaya di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, bazar ini adalah simbol sebenar kehidupan harmoni rakyat Sarawak yang hidup dalam suasana penuh toleransi dan perpaduan.

“Kita semua anak-anak Sarawak, tanpa mengira kaum. Kita berniaga bersama, bergembira bersama dan memperoleh manfaat bersama. Inilah kekuatan Sarawak, hidup bersatu dalam kepelbagaian,” tambahnya.

Kim Shin turut mengulas kejayaan penganjuran tahun ini yang melibatkan lebih 70 gerai, dan berjaya mencatat jumlah transaksi mencecah RM1.6 juta, sekali gus memperlihatkan impak positif terhadap ekonomi tempatan dan komuniti usahawan kecil.

“Ini bukan sekadar pesta, tetapi platform yang membolehkan rakyat berniaga dan menjana pendapatan tambahan, khususnya sempena sambutan Gawai. Saya amat berbangga kerana ia kini telah memasuki tahun ke-11 penganjuran.

“Tapak ini sangat sesuai. Saya harap ia boleh dijadikan lokasi tetap untuk Bazar Gawai setiap tahun. Tahun depan, kita rancang untuk perluaskan lagi penyertaan dan program,” ujarnya.

Kim Shin turut menegaskan bahawa acara seperti ini bukan sahaja memperkukuh perpaduan rakyat, malah menyokong aspirasi kerajaan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS 2030) ke arah menjadikan negeri ini sebagai wilayah berpendapatan tinggi.

Dengan dukungan berterusan kerajaan negeri serta sambutan aktif daripada komuniti pelbagai kaum, Bazar Gawai Dayak bukan sekadar wadah perayaan, malah menjadi mercu tanda perpaduan sosial dan pemangkin pembangunan ekonomi setempat yang mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan