Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap di Majlis Perasmian Buku Biografi berjudul “ Tan Sri Datuk Empiang : Legacy of Empowering Dayak Women” hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

AWES 2025: Abang Johari kongsi aspirasi wanita Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 24 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka berucap pada Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (AWES 2025) esok di Kuala Lumpur.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika berucap di Majlis Perasmian Buku Biografi berjudul “ Tan Sri Datuk Empiang : Legacy of Empowering Dayak Women” di sini, hari ini.

“Esok, saya telah diminta untuk berucap di Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (AWES 2025) mengenai peranan wanita di ASEAN.

“Sidang kemuncak tersebut adalah mengenai mengenai wanita, dan mereka menamakannya, ‘wanita yang membentuk masa depan ASEAN’,” katanya.

AWES 2025 yang berlangsung bermula 24 hingga 25 Mei 2025 di dianjurkan oleh Women Leadership Foundation dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena Pengerusi ASEAN oleh Malaysia tahun ini.

Bertemakan “Memperkasa Wanita, Memperkukuh ASEAN: Menerajui Integrasi Ekonomi untuk Masa Depan yang Tahan Uji”, AWES 2025 menghimpunkan lebih 700 pemimpin wanita, pembuat dasar, usahawan dan penggerak perubahan dari seluruh Asia Tenggara.

Sementara itu, bercakap mengenai buku biografi yang dilancarkan pada majlis tersebut, Abang Johari berkata, ia memberikan inspirasi kepada wanita.

“Jadi hari ini, selepas mendengar Tan Sri Dato Sri Empiang Jabu, sudah tentu saya mendapat input untuk saya kongsikan dengan hadirin, dengan pemimpin-pemimpin wanita ASEAN esok di Kuala Lumpur.

“Dengan input daripada Tan Sri Dato Sri Empiang Jabu, saya akan kongsikan dengan mereka tekad Sarawak dalam memperkasa golongan wanita,” ujarnya.

Buku Tan Sri Datuk Empiang: Legacy of Empowering Dayak Women merakam perjalanan hidup dan sumbangan Tan Sri Empiang Jabu sebagai tokoh wanita Dayak yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta peranannya dalam memperkasakan wanita di peringkat akar umbi dan nasional. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan