Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Caption: Koperal Aflisahyir Ali juara bagi kategori beliau pada Kejohanan Bina Badan Piala Ketua Polis Negara 2025 di Johor Bahru, hari ini. Foto TVS

Atlet asal Kampung Panglima Seman cemerlang wakili IPD Kulai

ByAbdullah

JOHOR BAHRU, 24 Mei: Koperal Aflisahyir Ali dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulai, Johor dinobatkan sebagai juara kategori Men’s Physique (170cm ke bawah) pada Kejohanan Bina Badan Piala Ketua Polis Negara 2025 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru, hari ini.

Beliau yang berasal dari Kampung Panglima Seman, Kuching berkata, kemenangan tersebut hasil dedikasi dan komitmen tinggi semasa menjalani latihan selain diet ketat sambil menjalani ibadah puasa Ramadan dan cabaran juadah Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih terutama kepada keluarga dan pasukan bina badan PDRM Johor, jurulatih, rakan-rakan dari Kampung Panglima Seman. Pengalaman menjalankan diet dan latihan sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya sangat mencabar namun kita harus fokus jika hendak mencapai apa yang diingini,” katanya.

Untuk rekod, beliau menjuarai Kategori Men Physique 170 cm ke bawah pada Mr Keling Borneo International 2025 Kota Samarahan minggu lepas dan beliau bakal mewakili Malaysia dalam Kejohanan Asia Bodybuilding Champioship di Bangkok, Thailand bulan Ogos nanti dan beberapa kali mewakili Malaysia sebelum ini – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan