Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Amerika Syarikat ke Turkiye, Tom Barrack pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau memulakan tugas sebagai Duta Khas AS ke Syria, ketika pentadbiran Presiden Donald Trump meneruskan usaha untuk menarik balik sekatan terhadap Damsyik, lapor Anadolu Ajansi.Foto AFP

Amerika Syarikat lantik Tom Barrack sebagai Duta Khas ke Syria

ByBernama

WASHINGTON, 24 Mei: Duta Amerika Syarikat ke Turkiye, Tom Barrack pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau memulakan tugas sebagai Duta Khas AS ke Syria, ketika pentadbiran Presiden Donald Trump meneruskan usaha untuk menarik balik sekatan terhadap Damsyik, lapor Anadolu Ajansi.

“Sebagai wakil Presiden Trump di Turkiye, saya berbangga memikul peranan sebagai Duta Khas Amerika Syarikat ke Syria dan menyokong Setiausaha Rubio dalam merealisasikan visi Presiden.

“Penghentian sekatan terhadap Syria akan memelihara matlamat utama kami — kekalahan berterusan ISIS — dan akan memberikan peluang masa depan yang lebih baik kepada rakyat Syria.

“Dengan cara ini, kita bersama rakan serantau termasuk Turkiye dan negara-negara Teluk akan membantu kerajaan Syria mengembalikan keamanan, keselamatan dan harapan untuk kemakmuran,” kata Barrack dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Trump mengumumkan pada sebuah forum pelaburan di Arab Saudi bahawa beliau akan menarik balik sekatan “zalim dan melumpuhkan” terhadap Syria atas permintaan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman.

Sehari kemudian, Trump mengadakan pertemuan bersejarah dengan Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa di Riyadh — pertemuan pertama antara pemimpin Amerika Syarikat dan Syria dalam tempoh 25 tahun.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pada Selasa berkata Washington menyokong usaha membantu kerajaan baharu Syria berjaya, sambil memberi amaran bahawa kegagalan boleh mencetuskan perang baharu dan ketidakstabilan serantau.

“Kita mahu membantu kerajaan itu berjaya kerana alternatifnya ialah perang saudara berskala penuh dan huru-hara, yang tentunya akan menggugat kestabilan seluruh rantau,” kata Rubio kepada sebuah jawatankuasa Senat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan