Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan 11 individu termasuk seorang warga Indonesia dalam Op Dadu kerana terbabit dalam aktiviti pertaruhan menggunakan haiwan, semalam.

11 lelaki ditahan judi laga ayam

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 24 Mei: Polis menahan 11 individu termasuk seorang warga Indonesia dalam Op Dadu kerana terbabit dalam aktiviti pertaruhan menggunakan haiwan, semalam.

Ketua Polis Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata ketika tangkapan, kesemua suspek yang berusia antara 32 hingga 56 tahun, sedang leka menyabung ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Atas Tol, di sini kira-kira 12.30 tengah hari.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas empat ekor ayam jantan, sebuah bon laga ayam, wang tunai sebanyak RM5,823 dan sebuah beg yang mengandungi jarum, benang serta pembalut perubatan berwarna merah.

“Op Dadu ini dijalankan hasil risikan sepasukan anggota Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri.

“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 32 (1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan