Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini melakukan lawatan rasmi ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan industri pertahanan dan aeroangkasa negara. Foto Faitullah Morni (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi tiba di Langkawi, lawat LIMA’25

ByLuqman Muhammad

LANGKAWI, 23 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini melakukan lawatan rasmi ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan industri pertahanan dan aeroangkasa negara.

Tun Dr Wan Junaidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekitar jam 9.25 pagi, diiringi isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) untuk menyertai sesi lawatan ke reruai pameran utama.

Lawatan rasmi dimulakan dengan kunjungan ke reruai SAPURA, diikuti oleh jamuan ringan dan sesi menyaksikan pertunjukan udara (airshow) di aras dua MIEC.

Sejurus selepas itu, Tun Dr Wan Junaidi meneruskan sesi lawatan ke reruai antarabangsa termasuk ASELSAN (Turkiye), STM (Turkiye) dan National Aerospace and Defence Industry (NADI, Malaysia).

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabar, bersama delegasi dari Astana Negeri Sarawak.

Lawatan rasmi ini adalah atas undangan Kementerian Pertahanan Malaysia sempena penganjuran LIMA’25 yang akan berakhir pada esok hari.

Lawatan pertama Tun Dr Wan Junaidi ke LIMA ini bukan sahaja sebagai pendedahan tetapi juga sebagai proses pembelajaran yang bermakna, khususnya berkaitan kemampanan teknologi baharu dalam bidang aeroangkasa dan maritim.

Tun Dr Wan Junaidi menzahirkan harapan agar LIMA’25 berjaya mencapai objektif utamanya, iaitu membuka peluang baharu kepada para usahawan dan perniagaan serta menarik lebih banyak penyertaan daripada perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor aeroangkasa dan maritim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan