Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejak Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 53,000 rakyat Palestin terbunuh setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Foto fail AFP

Tiada penduduk awam Gaza terima bantuan kemanusiaan minggu ini

ByBernama

GENEVA, 23 Mei: Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mendakwa bahawa tiada seorang pun penduduk awam di Gaza menerima bantuan kemanusiaan yang dihantar ke wilayah itu minggu ini, sambil memberi amaran bahawa penghantaran yang sangat terhad boleh mencetuskan kekacauan dan keganasan.

“Saya boleh buktikan bahawa tiada siapa yang menerima bantuan. Tiada penduduk awam menerima apa-apa setakat ini,” kata Younis Al Khatib kepada wartawan dalam sidang media di Geneva pada Khamis.

“Kebanyakan trak bantuan masih berada di Kerem Shalom di sempadan – sudah diperiksa, tetapi belum masuk ke Gaza,” katanya seperti dilaporkan oleh Anadolu Ajansi (AA).

Al Khatib menggambarkan keadaan di lapangan sebagai amat kritikal dan berkata bantuan yang sangat minimum hanya memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

“Saya fikir ini seperti satu jemputan kepada kematian. Mereka sedang kelaparan,” katanya, sambil menambah bahawa kekurangan makanan yang teruk sudah pun meragut nyawa.

Beliau memetik laporan yang menunjukkan bahawa 90 peratus kanak-kanak di Gaza berada di ambang kebuluran.

“Hari ini, kita dengar laporan mengenai kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kelaparan. Sukar untuk mengelakkan keadaan menjadi huru-hara dan kejadian rampasan bantuan,” katanya.

Dalam sidang media berasingan yang turut diadakan di Geneva, Menteri Kesihatan Palestin Majed Abu Ramadan berkata seramai 29 orang, termasuk kanak-kanak dan warga emas, telah meninggal dunia dalam beberapa hari kebelakangan ini akibat masalah berkaitan kebuluran.

“Dalam beberapa hari lalu, kita kehilangan 29 kanak-kanak dan warga emas yang tidak berdosa,” katanya, sambil menyifatkan mangsa sebagai “kematian akibat kebuluran.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan