Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis.

Sarawak perluas akses pendidikan di luar bandar melalui program strategik

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Mei: Sarawak meningkatkan usaha merapatkan jurang antara pendidikan dengan keperluan industri melalui program strategik yang direka untuk meningkatkan kebolehpasaran belia terutama di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata, untuk itu, Kerajaan Sarawak kini melebarkan ekosistem pendidikan melibatkan tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan industri agro.

“Platform utama ialah Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCAT), pameran kerjaya dan latihan terbesar. Ia bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan dan kerjaya yang meningkatkan kebolehpasaran graduan dan belia di seluruh negeri.

“Pameran ini memperkasa belia Sarawak untuk membuat keputusan mengenai kerjaya masa depan dan laluan latihan mereka,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor mengenai program dijalankan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang menghubungkan sistem pendidikan dengan keperluan industri.

Menurutnya, acara tahunan yang disokong Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Sarawak (CENTEXS) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan PETRONAS dan PETROS mencerminkan kerjasama kuat antara sektor awam dan swasta dalam menyelaraskan pendidikan dengan keperluan pasaran kerja semasa.

Tambahnya, kerajaan kini memberi fokus kepada usaha menjadikan pendidikan dan latihan kemahiran lebih mudah diakses di kawasan luar bandar.

“Untuk memastikan latihan berkualiti dapat disampaikan terus kepada rakyat khususnya di kawasan kurang mendapat perkhidmatan, Kerajaan Sarawak melaksanakan pelbagai program berasaskan jangkauan komuniti dan mobiliti.

“Antara inisiatif utama yang diperkenalkan termasuk Program Jangkauan Teknologi Industri (ITOP), Program Jangkauan Teknologi Komuniti (CTOP), Program Transformasi Desa, serta Unit Latihan Industri Bergerak,” ujarnya.

Beliau berkata, inisiatif-inisiatif tersebut memberi tumpuan khusus kepada sektor berpotensi tinggi seperti ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui dan agro dalam memastikan semua rakyat Sarawak tanpa mengira lokasi dapat menikmati manfaat daripada usaha pendidikan teknikal bertaraf tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan