Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming. Foto UKAS

Rangka pelan mitigasi banjir Bintulu, elak bencana besar berulang

ByMahathir Haroun

KUCHING, 23 Mei: Kerajaan perlu merangka pelan mitigasi banjir komprehensif di Bintulu bagi mengelak bencana besar yang berlaku awal tahun ini berulang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, ini kerana keadaan di Sungai Sebiew dan muara Sungai Kemena memerlukan perhatian jangka panjang.

“Banjir teruk baru-baru ini menuntut usaha menaik taraf sistem perparitan usang di Bintulu terutama di kawasan perumahan lama.

“Selepas kejadian banjir, kita juga menyaksikan peningkatan insiden tanah tanah. Saya menyeru pihak berkuasa memantau kawasan berisiko tinggi dan mengeluarkan amaran awal demi keselamatan nyawa serta harta benda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di DUN hari ini.

Pada masa sama, Pang menggesa kerajaan menangani masalah limpahan tangki septik berulang di kawasan perumahan dan komersial.

“Keadaan ini menimbulkan risiko kesihatan dan mesti diberi perhatian serius,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menghargai projek Jejambat Medan yang dianggap sebagai penyelesaian jangka panjang kepada kesesakan lalu lintas di Bintulu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan