Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau

Projek solar hidrogen hijau dicadang di Long Bedian

ByMahathir Haroun

KUCHING, 23 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau mencadangkan projek sistem solar dan hidrogen dibangunkan di Daerah Kecil Long Bedian.

Beliau berkata, ia bagi memenuhi keperluan sumber tenaga elektrik 24 jam sebagai projek perintis secara besar-besaran selepas pelaksanaan di Klinik Kesihatan Long Layang yang terbukti berkesan.

“Projek ini jika dilaksanakan akan menjadi yang pertama di Malaysia. Projek sistem solar hidrogen hijau di Daerah Kecil Long Bedian ini akan membolehkan kemudahan grid di rumah kampung, pejabat kerajaan, sekolah, klinik dan ladang sawit berhampiran dikuasakan dengan tenaga elektrik 24 jam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di DUN hari ini

Menurutnya, sekarang masa untuk beralih daripada sistem bateri, set jana kuasa dan diesel yang mencemarkan alam sekitar kepada sistem tenaga hidrogen hijau.

“Dengan tenaga elektrik 24 jam yang lebih efisen, ia dapat meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan seluruh masyarakat luar bandar,” ujarnya.

Menurutnya, cadangan projek solar hidrogen di Long Bedian adalah susulan kejayaan projek perintis sistem hibrid solar dan hidrogen yang kini sedang beroperasi dengan jayanya di Klinik Kesihatan Long Loyan Ulu Tinjar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan