Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar sejarah Bukit Sadok dan tokoh pejuang tersohor, Rentap, diangkat melalui penulisan buku sebagai langkah penting dalam memelihara warisan perjuangan anak Sarawak untuk tatapan generasi masa depan.

Abang Johari cadang perjuangan Rentap, Bukit Sadok dibukukan

ByAkma Salleh

KUCHING, 23 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar sejarah pejuang tersohor Sarawak, Rentap serta peristiwa Bukit Sadok didokumentasikan dalam bentuk penulisan buku bagi memelihara warisan perjuangan negeri ini untuk tatapan generasi masa depan.

Beliau berpendapat bahawa kisah perjuangan Rentap bukan sahaja sarat dengan nilai kepahlawanan, malah memiliki potensi untuk diteroka secara lebih meluas, termasuk dari aspek hubung kaitnya dengan sejarah lanun di rantau ini.

“Kalau boleh buat kajian dari sudut perspektif sejarah kerana ia ada hubungkait dengan lanun, apakah betul lanun dikaitkan dengan Rentap. Jadi buatlah kajian sejarah seperti yang dilakukan oleh Datu Dr Sanib Said. Mungkin karya ini nanti boleh diselitkan dengan fakta.

“(Yang) kedua ialah kisah mengenai Merpati Jepang, Datuk Patinggi Ali yang merupakan ‘seed of power’ di Sarawak, kerana Sarawak bukan macam seperti hari ini, Sarawak hingga ke Lidah Tanah dan Siniawan. Banyak sejarah dalam pemerintahan sebelum Brooke berkisar di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Buku Terbaik Premier Sarawak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee.

Abang Johari turut menjelaskan bahawa menyedari kepentingan sejarah kawasan tersebut, kerajaan telah bersetuju untuk membina dua laluan berkembar empat lorong yang akan merentasi Siniawan.

“Ia dibina dengan empat lorong supaya pelancong kita datang dan dapat melihat apa yang berlaku di Lidah Tanah dan Siniawan. Kalau tidak silap saya Brooke ada banglo  dan penternakan kuda di Siniawan. 

“Ini juga ada hubungkait dengan perkampungan melayu di sana. (Dan) di sana juga perpaduan yang begitu erat antara Melayu dan Bidayuh,” jelas beliau lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan