Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Poliklinik Sarikei bakal dinaik taraf, klinik baharu dirancang di bawah RMK13

ByZhahrulniza

KUCHING, 23 Mei: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee memaklumkan kerajaan merancang untuk membina Poliklinik Sarikei Baharu Jenis 2 yang akan dibangunkan bersama dengan Pejabat Kesihatan Bahagian dan Pejabat Farmasi Bahagian di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-13.

Beliau berkata, Klinik Kesihatan baharu ini akan mampu menampung 500 hingga 800 pesakit setiap hari dan akan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan pesakit luar kesihatan ibu dan anak, makmal radiologi, farmasi dan pergigian.

“Dalam masa sama, pihak kementerian turut mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Sarikei. Antara inisiatif utama ialah menaik taraf perkhidmatan di Klinik Kesihatan Julau dan Klinik Kesihatan Pakan supaya penduduk setempat tidak perlu lagi mendapatkan rawatan atau susulan di Sarikei,” katanya.

Tambah beliau, langkah ini melibatkan penempatan doktor tetap dan lawatan berkala pakar perubatan keluarga selain penyediaan perkhidmatan radiologi di Klinik Kesihatan Pakan.

“Usaha ini dijangka dapat mempertingkatkan tahap perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar sekali gus mengurangkan beban di Klinik Kesihatan Sarikei,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri. Huang Tiong mengenai rancangan kerajaan untuk membina sebuah poliklinik baharu bagi menampung keperluan penduduk setempat yang semakin meningkat semasa sesi soal jawab di Persidangan Hari Kelima Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan