Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi ilmu dan pendidikan, ia bukan sahaja membuka peluang ekonomi, malah membina keupayaan insan yang mampu berdaya saing. Foto TVS

Pendidikan teras utama usaha Sarawak basmi kemiskinan

ByAkma Salleh

KUCHING, 23 Mei: Pembangunan modal insan menerusi pendidikan merupakan strategi utama kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negeri ini, tegas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pendidikan bukan sahaja membuka peluang ekonomi malah membentuk generasi muda berdaya saing dan memperkasa masyarakat secara menyeluruh.

“Ada yang bertanya mengapa Sarawak berani memberi peruntukkan besar dalam pelaburan pendidikan, ini adalah untuk membasmi kemiskinan, kerana tidak ada cara lain melainkan melalui ilmu.

“Malah paras kemiskinan di Sarawak menurut penilaian saya, tidak banyak yang miskin kerana dari sudut perspektif ekonomi ia berpandu kepada nilai aset. Orang kita ada kebun di luar bandar kalau kebun di usahakan dengan pendekatan teknologi ia akan mengurangkan kemiskinan,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Buku Terbaik Premier Sarawak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di sini, malam ini.

Terdahulu, majlis menyaksikan penganugerahan bertujuan untuk mengiktiraf karya penulis yang berjaya menghasilkan bahan bacaan berkualiti khususnya buku.

Penganugerahan terbahagi kepada dua kategori, iaitu kategori Anugerah Buku Terbaik Premier Sarawak (Terbitan DBP) dan Anugerah Buku Terbaik Premier Sarawak (Terbitan Luar). 

Selain itu, anugerah ini turut berperanan sebagai pemangkin perkembangan industri penerbitan buku di Sarawak serta memberi dorongan kepada penulis dan penerbit untuk meneroka, menyelidik, dan mengkaji pelbagai bidang, terutama yang berkaitan dengan budaya dan kearifan tempatan Sarawak.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari berkata, anugerah ini memberi perhatian kepada karya berkualiti dari segi kandungan, gaya bahasa dan nilai kesarjanaan serta mencerminkan pembangunan wilayah berkait rapat dengan pembangunan ilmu.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak turut menyokong penganjuran anugerah tersebut menerusi penyediaan geran dan bantuan kepada DBP dalam usaha mengukuhkan ekosistem penerbitan ilmiah.

– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan