Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datuk Len Talif Salleh

PEC diperlukan sebelum operasi pembalakan dimulakan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 23 Mei: Permit to Enter Coupe (PEC) dikeluarkan Jabatan Hutan Sarawak kepada pemegang lesen balak terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi.

Timbalan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datuk Len Talif Salleh berkata, mendapatkan PEC adalah sebahagian proses dan kawalan operasi pembalakan untuk memastikan aktiviti berkaitan dilaksanakan secara sah serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sebelum PEC dikeluarkan, pelesen perlu mengemukakan Pelan Kejuruteraan Hutan atau Forest Engineering Plan yang merangkumi General Harvesting Plan dan Detailed Harvesting Plan.

“Tempoh sah PEC adalah selama sembilan sembilan bulan. Setelah PEC diperolehi, pelesen dibenarkan untuk memulakan operasi pembalakan di kawasan blok tebangan yang diluluskan.

“Proses ini dilaksanakan untuk memastikan setiap langkah dalam operasi pembalakan dikawal selia dengan ketat dan bersistematik selaras dengan prinsip pengurusan hutan secara mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini.

Azizul meminta penjelasan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar mengenai polisi PEC yang dikuatkuasakan kepada semua pemegang lesen bakau di Sarawak.

Sementara itu, Len menjelaskan, PEC penting dan mempunyai manfaat bagi memastikan sumber kayu bakau di Sarawak diurus secara sistematik dan mampan.

“Ini kerana kawasan tebangan dihadkan berpandukan pusingan berpatutan yang tidak kurang daripada 10 sentimeter Diameter Breast Height (DBH),” ujarnya.

Malah menurutnya, pengeluaran kayu juga dipantau berdasarkan data bancian stok dirian pokok yang diperoleh sebelum operasi tebangan dilakukan.

“Oleh itu, pengeluaran kayu bakau secara berlebihan dapat dikawal sekali gus memastikan sumber kayu bakau berterusan bagi memenuhi keperluan di masa hadapan,” jelasnya.

Len berkata, Jabatan Hutan Sarawak mengambil beberapa inisitif untuk melaksanakan PEC termasuk mengadakan sesi taklimat kepada pemegang lesen dan pembaharuan lesen perlu selaras dengan DF Circular No.2/2019 (Restoration Program within Licensed Area) yang mana penanaman semula pokok bakau mestilah sama atau melebihi bilangan pokok ditebang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan