Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agnes Tegala & Augustina Susana ketika ditemui pemberita di Limbang hari ini . Foto TVS

Menghitung hari menyambut Hari Gawai

LIMBANG, 23 Mei: Sambutan Hari Gawai antara perayaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat di negeri ini.

Menurut Augustina Susana dari Rumah Imai, Jalan Kubong Limbang, Hari Gawai bukan saja diraikan komuniti Iban tetapi turut disambut oleh masyarakat lain termasuk suaminya yang berbangsa Lun Bawang.

Beliau berkata setiap kali Gawai tiba, mereka sekeluarga akan melepaskan kerinduan untuk berkumpul bersama ekoran ada dalam kalangan mereka berada jauh dari keluarga kerana tuntutan kerja di luar Sarawak.

“Gawai tahun ini merupakan perayaan yang kami amat nanti-nantikan dan bukan hanya perayaan untuk kaum Iban saja, tetapi, untuk masyarakat Dayak keseluruhannya di Sarawak.

“Gawai juga dirai oleh suami saya yang berbangsa Lun Bawang dan Hari Gawai ini adalah satu sambutan perayaan yang unik untuk semua bangsa dan membawa suara perpaduan,”katanya ketika ditemui media hari ini.

Turut diakui, Agnes Tegala yang berasal dari Rumah Jimbun Ulak Tapang, Balleh, Kapit berkata tradisi balik kampung setiap kali Gawai tetap subur meskipun sudah 11 tahun bekerja di Limbang.

Agnes, 35,  menjelaskan dirinya sanggup mengharungi perjalanan jauh yang memakan masa lebih tujuh jam perjalanan darat dari bandar Limbang menuju ke kampung halamannya di Kapit untuk bertemu ahli keluarga dan meraikan Gawai bersama.

Katanya meraikan Gawai di kampung dan rumah panjang lebih meriah apabila ramai ahli keluarga dan sanak saudara berhimpun bersama-sama berbanding suasana meraikan perayaan itu di bandar.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan