Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang. Foto Suara Sarawak

Kajian liputan telekomunikasi Sarawak di peringkat akhir

KUCHING, 23 Mei: Satu kajian sedang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan  Sarawak Multimedia Authority (SMA) untuk mengenal pasti kawasan tanpa liputan serta lokasi yang memerlukan penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang berkata, kajian tersebut akan menilai teknologi sesuai dengan keadaan geografi setempat seperti pembinaan menara telekomunikasi dan penggunaan rangkaian berasaskan satelit.

“Status kajian kini berada di peringkat akhir penilaian dan akan dilaksanakan di bawah inisiatif JENDELA Fasa 2 yang dijangka bermula pada suku keempat tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, capaian Internet di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum mencapai 96.1 peratus.

Liwan berkata, sebanyak 1,591 langganan program Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) direkodkan di kawasan DUN Murum setakat ini.

“Ini menunjukkan sambutan positif dalam kalangan penduduk luar bandar dengan inisiatif digital tersebut,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan