Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor. Foto UKAS

Jalan Kampung Seduku – Lingga diancam hakisan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 23 Mei:  Jalan utama dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga sepanjang 31.3 kilometer (km) memerlukan perhatian daripada Kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, ini kerana jalan tersebut semakin terhakis akibat arus deras Sungai Batang Lupar.

“Terutamanya di kawasan km 4.2 dari Kampung Agropolitan Seduku menuju ke Lingga yang mana jarak sungai dan jalan utama kurang daripada 15 meter.

“Kami tidak dapat menjangkakan berapa lama jalan tersebut boleh bertahan,” katanya ketika membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di DUN hari ini.

Menurutnya, terdapat dua cadangan untuk menangani masalah tersebut termasuk membina perlindungan tebingan sungai dan membina jalan alternatif baharu dari Agropolitan Seduku ke Lingga.

Sementara itu, Noorazah berkata, Pantai Tanjung Riong Maludam juga semakin terhakis dari pantai menuju ke jalan utama Maludam.

“Yang lebih membimbangkan adalah keselamatan kediaman penduduk di sekitar kawasan tersebut yang sangat terdedah dengan hakisan pantai dan terputus jalan dari Semarang ke Maludam.

“Kami berharap isu ini mendapat perhatian Kerajaan Sarawak dan seterusnya membantu rakyat yang terkesan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan