Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pempengaruh media sosial direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuanĀ baru-baru ini.

Hantar mesej berbaur lucah, pempengaruh direman empat hari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Seorang pempengaruh media sosial direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuanĀ baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan terhadap lelaki berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

ā€œSuspek telah ditahan semalam,ā€ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, penyanyi dan pempengaruh media sosial, Caprice, mendedahkan beberapa kiriman mesej berbaur lucah yang didakwa dihantar oleh pempengaruh terbabit kepada seorang remaja bawah umur.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Caprice memaklumkan bahawa beliau dihubungi oleh ibu kepada remaja berkenaan yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Tangkap layar yang dikongsikan termasuk mesej dan gambar tidak senonoh yang dihantar oleh individu terbabit kepada remaja itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan