Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet wusyu negara, Ying Ting Loh. Foto AFP

Gabungan atlet podium, pelapis wusyu ke Sukan Sea 2025 Thailand

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) bakal mempertaruhkan sebanyak 70 peratus atlet wusyu di bawah Program Podium manakala selebihnya atlet pelapis bagi menggalas tugas negara ke Sukan SEA 2025 Thailand pada hujung tahun ini.

Presidennya Datuk Chong Kim Fatt berkata kesemua atlet terlibat bagaimanapun masih perlu menjalani proses pemilihan menerusi beberapa kejohanan berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum dimuktamadkan.

“Untuk nak dapat pingat kita ada atlet podium tetapi tetap perlukan persediaan yang lebih awal iaitu untuk memberikan peluang kepada atlet pelapis. Kejohanan yang akan disertai termasuk Kejohanan Wusyu Remaja Asia di China (Julai) dan Kejohanan Wusyu Dunia di Brazil (September).

“Kita masih mahu jaga keputusan (prestasi) di Thailand, jadi akan ada gabungan atlet podium dan pelapis,” katanya ketika ditemui pada forum berkaitan sukan di sini hari ini.

Kim Fatt berkata pihaknya sedang berunding bagi memohon pertimbangan tuan rumah susulan tiga acara wusyu bagi rutin taolu akan digabungkan untuk perebutan satu pingat pada Sukan SEA 2025 Thailand.

Beliau berkata sekiranya ketetapan itu tidak berubah, ia bakal memberikan kesan kepada atlet bertanding.

Pada Sukan SEA edisi lepas di Kemboja, kem wusyu membawa pulang dua emas, dua perak dan enam gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan