Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapan pasukan yang akan bertanding selama 14 bulan untuk mereka bentuk litar bersepadu (IC) atau mikrocip.

Belia Sarawak uji keupayaan mencipta cip bertaraf dunia

ByAtikah Norman

KUCHING, 23 Mei: Golongan belia Sarawak kini berpeluang membuktikan kebolehan dalam bidang reka bentuk cip mikroelektronik melalui penyertaan dalam Sarawak Microelectronics Design (SMD) Intergrated Circuit (IC) Design Competition 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor, Shariman Jamil berkata pertandingan ini merupakan inisiatif penting dalam menyediakan platform pembelajaran berteraskan amali serta sebagai pelaburan strategik bagi masa depan teknologi di Sarawak.

“Pertandingan ini mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi intelektual dalam kalangan belia Sarawak dalam membentuk masa depan industri teknologi,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Tambah beliau, inisiatif ini bukan sekadar pertandingan, tetapi juga peluang untuk mendedahkan para peserta kepada aliran kerja dalam industri mikrocip, termasuk proses fabrikasi (tape-out) dan ujian kecekapan tenaga yang merupakan dua elemen utama dalam membangunkan cip generasi baru.

Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak serta kerjasama strategik dengan rakan industri X-Fab Sarawak, pertandingan ini turut selari dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Para peserta turut mengikuti kem latihan intensif selama lima hari yang dikendalikan oleh pakar industri yang berpengalaman selama 25 tahun sebagai persiapan menghadapi cabaran dalam bidang kejuruteraan semikonduktor.

Sepanjang pertandingan berlangsung selama 14 bulan, pasukan akan dinilai berdasarkan metodologi, prestasi cip, susun atur (layout), hasil pengujian dan juga kecekapan tenaga yang sejajar dengan keperluan semasa industri teknologi global yang mementingkan kelestarian.

Selain membina kemahiran teknikal, pertandingan ini turut menekankan nilai kolaborasi, inovasi dan daya tahan yang perlu diwujudkan sebagai tenaga kerja dalam dunia kejuruteraan semikonduktor yang berdaya saing.

SMD IC Design Competition 2025 yang diadakan di SMD Academy, Kota Samarahan menyaksikan penyertaan lapan pasukan dari empat university tempatan iaitu Curtin University Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), University of Technology Sibu (UTS) dan Swinburne University of Technology Sarawak.

Pasukan terbaik akan menerima anugerah pada Jun 2026, sekali gus mengukuhkan lagi bakat tempatan dalam ekosistem semikonduktor Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan