Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain import Terengganu FC (TFC) Argzim Redzovic mengakui ‘jodohnya’ bersama pasukan itu sudah berakhir. Foto Terengganu FC

Argzim Redzovic sah tinggalkan TFC

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 23 Mei: Pemain import Terengganu FC (TFC) Argzim Redzovic mengakui ‘jodohnya’ bersama pasukan itu sudah berakhir.

Argzim berkata selepas enam musim mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) bersama skuad Penyu, kontraknya yang tamat pada April lepas tidak lagi disambung.

Pemain kelahiran Montenegro itu berkata walaupun sedih beliau amat berterima kasih kepada TFC yang memberi kepercayaan dan pengalaman indah selama berada di bumi Darul Iman.

“Saya terima dengan hati terbuka, tetapi agak sedih kerana Terengganu sudah menjadi rumah saya sekeluarga.

“Buat masa ini saya masih berada di Malaysia kerana dalam proses pemulihan daripada kecederaan ketika saingan Liga Super lepas,” katanya ketika dihubungi.

Argzim bagaimanapun berkata beliau agak terkilan kerana penantiannya untuk mendapatkan status sebagai pemain naturalisasi tidak kesampaian biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pengurusan TFC.

Beliau berkata walaupun sudah mencecah usia 33 tahun, beliau masih belum berhasrat untuk bersara dan berharap agar dapat terus beraksi di kancah Liga-M musim depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan