Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pemain beregu negara, Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik (kanan) meraikan kejayaan selepas menewaskan pemain Denmark, Rasmus Kjaer dan Frederik Sogaard pada perlawanan kejohanan Perodua Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

Aaron-Wooi Yik sekali lagi uji Astrup-Rasmussen di separuh akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menghidupkan semula detik dramatik pertemuan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 apabila dijadual menentang pilihan utama dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada aksi separuh akhir Masters Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok.

Dalam aksi suku akhir hari ini, pasangan pilihan kelima itu mengatasi permulaan kurang meyakinkan apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menundukkan pasangan pilihan ketujuh, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark, 21-10, 21-19.

Mereka menunjukkan ketenangan ketika ketinggalan 15-18 di set kedua sebelum mengutip tiga mata berturut-turut untuk menyamakan kedudukan dan mengesahkan kemenangan dalam tempoh 36 minit, disambut sorakan padu penyokong tuan rumah.

Sementara itu, Astrup-Rasmussen yang juga juara bertahan kejohanan dan beregu nombor satu dunia, menempah tiket ke separuh akhir selepas mengetepikan rakan senegara, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, 21-16, 22-20.

Mengulas mengenai perlawanan, Aaron mengakui mereka berdepan detik tidak menentu pada set kedua yang menyaksikan mereka beberapa kali ketinggalan, namun bersyukur kerana berjaya mengawal semula permainan dan menamatkan aksi dengan kemenangan.

Mengulas mengenai aksi separuh akhir esok, Wooi Yik menjangkakan satu lagi pertarungan sengit meskipun mereka memiliki rekod pertemuan yang baik, dengan lapan kemenangan daripada 12 perlawanan sebelum ini.

“Kami sudah saling mengenali corak permainan masing-masing. Menang atau kalah bukan isu utama, yang penting bagaimana kami mengawal permainan esok,” katanya kepada pemberita.

Ogos lalu, Aaron-Wooi Yik mempertahankan pingat gangsa Olimpik buat kali kedua berturut-turut selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Astrup-Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan