SARIKEI, 23 Mei: Seramai 20 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi Ops Sapu dan Ops Mahir yang diadakan dari 21 Mei hingga semalam.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam kenyataan berkata, operasi itu melibatkan 14 orang pegawai yang menjalankan pemeriksaan di pelbagai lokasi sekitar Sarikei dan Julau.
“Dalam serbuan ini, seramai 40 individu telah diperiksa dan 20 lelaki warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan Imigresen.
“Pihak Jabatan Imigresen mengingatkan orang ramai agar tidak menggaji atau melindungi warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan pas yang sah,” kata kenyataan itu.
Kerjasama daripada komuniti amat penting dalam memastikan undang-undang Imigresen sentiasa dipatuhi.-TVS