Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sukarelawan dari SEC dan UMS berganding bahu membersihkan Pantai Tanjung Aru dalam usaha memelihara alam sekitar. Foto SEC

119.9kg sampah dikutip gotong-royong di Pantai Tanjung Aru

ByTVS

KOTA KINABALU, 23 Mei: Sebanyak 119.9 kilogram sampah dikutip dalam aktiviti gotong-royong di Pantai Tanjung Aru hari ini hasil kerjasama antara Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) dan EcoCampus UMS.

Seramai 91 sukarelawan daripada dua agensi itu terlibat dengan diketuai Ketua Perkhidmatan Korporat dan Hartanah SEC, Kevin Padasian, serta Pengarah EcoCampus UMS, Profesor Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul.

Aktiviti tersebut memfokuskan kepada pembersihan sisa marin dan meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

“Ini bukan sahaja tentang membersihkan pantai, tetapi menanamkan rasa tanggungjawab bersama dalam melindungi khazanah semula jadi negeri kita,” kata Kevin ketika ditemui.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Green Ambassador SEC, sebuah platform dalaman yang menggalakkan kakitangan mencadangkan idea CSR lestari untuk dilaksanakan setiap bulan.

Pembersihan pantai ini merupakan projek pertama daripada enam yang dipilih untuk tahun ini, selari dengan komitmen SEC dalam menyokong kelestarian alam sekitar.

Kolaborasi antara sektor korporat dan akademik seperti ini turut dilihat sebagai contoh terbaik usaha bersama ke arah pembangunan mampan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan