Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan lutut ketika aksi pusingan pertama menentang pemain Hong Kong, Ng Ka Long dalam kejohanan badminton Masters Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam. Foto Badminton Association of Malaysia - BAM (FB)

Tze Yong cedera lutut, direhat dua minggu – BAM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan lutut ketika aksi pusingan pertama menentang pemain Hong Kong, Ng Ka Long dalam kejohanan badminton Masters Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil pemeriksaan perubatan mendapati Tze Yong mengalami ketegangan otot pada lutut dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu sementara menunggu penilaian lanjut.

Tze Yong, 25, terpaksa membuat keputusan berkenaan ketika sedang mendahului 4-3 di set kedua selepas memenangi set pertama 22-20.

Insiden malang itu menambah lagi episod duka buat Tze Yong yang sebelum ini bergelut dengan beberapa kecederaan serius termasuk koyakan otot belakang dan kecederaan tulang belakang sejak tahun lalu.

Selepas menjalani tempoh pemulihan yang panjang, beliau kembali beraksi di Kejohanan Asia (BAC) pada April lepas dan dilihat semakin pulih sebelum terhenti lagi akibat insiden terbaru itu.

“BAM mendoakan agar Tze Yong kembali pulih sepenuhnya dan dapat kembali beraksi dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan