Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dijadual akan berlepas ke Langkawi pada Jumaat bagi menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Foto Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (FB)

TYT Sarawak dijadual hadir ke Langkawi untuk LIMA’25

ByLuqman Muhammad

LANGKAWI, 22 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dijadual akan berlepas ke Langkawi pada Jumaat bagi menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Tuan Yang Terutama, Samuel Simon, ketibaan Tun dijangka sekitar 9 pagi, sebelum mengadakan lawatan rasmi ke beberapa reruai utama di lokasi pameran, termasuk segmen maritim yang diadakan di Resort World Langkawi.

Kehadiran rasmi Tun Dr Wan Junaidi ke LIMA’25 mencerminkan sokongan padu kerajaan Sarawak terhadap aspirasi pembangunan industri pertahanan dan aeroangkasa negara, khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dan pemain industri strategik.

Pameran LIMA’25 juga menyaksikan penyertaan aktif wakil-wakil dari Sarawak, termasuk institusi pendidikan dan pemain industri yang tampil memeterai kerjasama baharu dalam sektor pertahanan dan aeroangkasa.

Antaranya, Kolej Universiti i-CATS dari Sarawak yang telah menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak industri.

MoU tersebut memberi tumpuan kepada kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan teknologi aeroangkasa, termasuk peluang latihan industri dan pemindahan teknologi kepada pelajar-pelajar dari Sarawak.

Inisiatif terbabit sejajar dengan komitmen Sarawak untuk melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran tinggi dalam sektor teknologi dan pertahanan, sekali gus menyokong pembangunan sektor baharu yang berimpak tinggi kepada ekonomi negeri dan negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan