Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senator Pele Peter Tinggom ketika merakam gambar kenangan bersama ahli-ahli jawatankuasa penganjur di hadapan Rumah Dayak Saratok. Foto TVS

Teruskan agihan Penganan selepas Hari Gawai, rai perayaan lain

SARATOK, 22 Mei: Aktiviti agihan Penganan iaitu kuih tradisional disaran agar diperluaskan semasa sambutan perayaan lain selepas Hari Gawai Dayak nanti.

Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom berkata, aktiviti seumpamanya juga tidak harus hanya dilakukan semasa perayaan-perayaan lain di Sarawak dan tidak hanya tertumpu kepada ketika sambutan Hari Gawai Dayak sahaja.

“Pada pendapat saya, penganjuran aktiviti atau program agihan Penganan ini amat baik dalam usaha kita menyatupadukan rakyat yang pelbagai di Sarawak.

“Penganjurannya harus diperkasakan lagi selepas ini termasuk pada perayaan-perayaan lain dan tidak hanya dilakukan pada semasa sambutan Hari Gawai Dayak sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas Program Agihan Penganan Anjuran Bersama Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Saratok pada Khamis.

Jelasnya,penganjuran program seumpamanya juga dilihat sebagai langkah terbaik untuk memelihara dan mengekalkan survival kuih tradisi yang menjadi kebanggaan dan identiti kaum Iban itu.

Katanya, ini juga bagi memastikan gastronomi pembuatan Penganan dapat dikekalkan daripada pudar ditelan zaman untuk tatapan generasi akan datang.

Sebanyak, 600 paket Penganan telah berjaya diedarkan di sepanjang tempoh program berlangsung bermula pada jam 4.00 di depan Rumah Dayak Saratok itu yang turut menyaksikan sambutan mengalakkan daripada orang ramai di sekitar Pekan Saratok. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan