Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Seorang suri rumah berusia lingkungan 60-an kerugian sebanyak RM447,300 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Suri rumah rugi lebih RM447,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

SIBU, 21 Mei: Seorang suri rumah berusia lingkungan 60-an kerugian sebanyak RM447,300 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat 33 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank tempatan antara 16 April hingga 20 Mei lalu, sebelum tampil membuat laporan polis semalam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa mula berkenalan dengan seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Ah Chong’ menerusi aplikasi Facebook pada 11 Januari lalu.

“Kemudiannya mangsa dihubungi individu lain bernama ‘Amy’ melalui aplikasi WhatsApp dan dijemput masuk ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang dinamakan Programme VIP012.

“Di situlah mangsa ditawarkan untuk menyertai satu pelaburan atas nama Malaysia J.P. Morgan Family Office,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Zulkipli, mangsa turut diminta memuat turun aplikasi dinamakan JPFO Max dan dapat melihat jumlah keuntungan pelaburan yang kononnya mencecah RM800,000, sekali gus mendorongnya untuk terus membuat bayaran demi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

“Namun apabila mangsa meminta untuk mengeluarkan keuntungan tersebut, suspek memaklumkan pengeluaran tidak dibenarkan kerana pelaburan masih berjalan dan memerlukan penambahan modal.

“Sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan dan menyedari telah diperdaya,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, Zulkipli turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan