Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memadam kebakaran di bangunan Hotel Fairfield by Marriot yang sedang dalam pembinaan – Foto JBPM Sabah

Stor hotel terkemuka dalam pembinaan di Kota Kinabalu terbakar

ByTVS

KOTA KINABALU, 22 Mei: Hampir 80 peratus stor bahan binaan dan peralatan elektrik di Hotel Fairfield by Marriott yang masih dalam pembinaan di Kota Kinabalu musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Komander Operasi, PBK I Asama Saruddin berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.56 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian dengan kekuatan gabungan 19 anggota dari BBP Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang.

“Kebakaran melibatkan bahan-bahan binaan seperti paip serta peralatan elektrik di ruang berkeluasan 40×24 kaki dan berjaya dikawal pada jam 10.25 pagi,” katanya.

Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dan dua pancutan air daripada jentera bomba, manakala tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Turut berada di lokasi ialah Penolong Pengarah Operasi Negeri, PgKB I Muhammad Taqiuddin Victor Doon serta beberapa pegawai kanan dari Ibu Pejabat JBPM Sabah yang membantu menyelia operasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan