Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barangan yang dirampas polis menerusi serbuan di Sibu pada 21 Mei 2025. Foto PGA

Rokok seludup, hidupan liar RM6.82 juta dirampas di Sibu, Bau

KUCHING, 22 Mei: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas barangan seludup seperti rokok, rotan dan hidupan liar bernilai RM6.82 juta dalam tiga operasi berasingan di Sibu dan Bau.

Timbalan Komander Briged Sarawak, Asisten Komisioner Rosdi Inai berkata dalam serbuan pertama di Sibu pada 21 Mei lalu, pasukan Cawangan Risik Batalion 10 menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok tidak bercukai dan senjata.

“Pemeriksaan menemukan 7,600 karton rokok putih, 6,788 karton rokok kretek, 435 kotak mercun pelbagai jenis, dua senjata api tiruan, sembilan senjata berbahaya serta sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Nilai rampasan dianggarkan RM6.3 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi kedua di Bau pada 19 Mei, seramai 11 lelaki termasuk tiga warga asing ditahan selepas didapati menyimpan 15,000 kilogram rotan tanpa permit sah. Turut dirampas dua lori dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM490,000.

Sementara itu, dalam serbuan ketiga pada hari sama di Sibu, seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditahan selepas didapati menyimpan 35 ekor hidupan liar pelbagai spesies, 84 kilogram batu karang dan lapan peralatan kurungan bernilai RM34,730.

Semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan