Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pesta Saratok 2025 tarikan baharu kalender pelancongan Sarawak

SARATOK, 22 Mei: Penyertaan Pesta Saratok 2025 dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak disifatkan sebagai langkah strategik untuk merancakkan industri pelancongan di daerah ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom berkata, pengiktirafan itu membuka ruang kepada penganjur untuk merancang program berskala besar yang mampu menarik lebih ramai pelancong.

“Keputusan meletakkan Pesta Saratok dalam Kalender Pelancongan Negeri adalah langkah tepat untuk melonjakkan industri pelancongan di Sarawak dan Saratok khususnya,” katanya ketika ditemui selepas Program Pengagihan penganan kepada orang ramai dan pesakit di Hospital Saratok, pada Khamis.

Tambahnya, keputusan itu akan memberi ruang lebih luas kepada pihak penganjur untuk mengatur pelbagai acara sampingan untuk dijadikan sebagai pengisian pesta tersebut kelak.

Jelasnya, perkara itu sekaligus akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong berkunjung ke daerah itu sepanjang pesta berlangsung.

Regatta Kalaka 2025 merupakan antara acara utama dalam Pesta Saratok tahun ini dan akan berlangsung di Tebingan Sungai Krian pada 11 hingga 13 Julai depan, dengan majlis penangguhan dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain Regata Kalaka, tujuh lagi regata turut tersenarai dalam kalendar pelancongan negeri, termasuk Pesta Sebauh, Regata Belaga, Regata Baram, Pesta Besaug Dalat, Regata Telaga Air, Sarawak Regatta di Tebingan Kuching, dan Regata Lingga. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan