Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yusuf Abd Wahab menyampaikan hadiah kepada pemenang Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Tanjung Manis di Masjid Darul Arqam Kampung Belawai sambil diperhatikan tetamu yang lain. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

Perkukuh aktiviti keagamaan di Tanjung Manis melalui pelbagai pendekatan

TANJUNG MANIS, 22 Mei: Aktiviti keagamaan di Tanjung Manis terus diperkasakan menerusi pelbagai pendekatan, termasuk penyediaan prasarana yang kondusif serta galakan kepada penglibatan masyarakat dalam kegiatan yang sihat dan berfaedah.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah penganjuran program keagamaan seperti Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tanjung Manis yang berjaya menghimpunkan qari dan qariah dari pelbagai kampung di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, program seumpama itu bukan sahaja menyuburkan amalan membaca al-Quran dalam kalangan masyarakat, malah dapat mendekatkan mereka dengan aktiviti kerohanian dan memperkukuh nilai-nilai Islam.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha murni ini. Ia jelas menunjukkan komitmen semua pihak dalam memastikan pembangunan rohani terus diberi perhatian,” katanya semasa merasmikan majlis tersebut di Masjid Darul Arqam, Kampung Belawai, malam tadi.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan kewangan kepada Jawatankuasa Perayaan Islam Daerah Tanjung Manis sebagai tanda sokongan berterusan terhadap penganjuran aktiviti keagamaan di daerah tersebut.

Pertandingan disertai peserta seluruh daerah termasuk Tanjung Manis, Kampung Rajang, Kampung Jerijeh dan Kampung Belawai.

Kategori qariah dimenangi oleh Fathin Farisha Maulad Muslimmi yang dinobatkan sebagai juara, diikuti Salbiah Klen di tempat kedua dan Mastura Jim di tempat ketiga.

Bagi kategori qari, Abdul Razak Sulaiman muncul sebagai juara, manakala Adeni Junaidi dan Mahadir Abu Bakar masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah, Pegawai Agama Islam Daerah Daro, Ustaz Ahmad Shah Affandie, Pemanca Daerah Tanjung Manis, Morshidi Moris dan Pengerusi Masjid Darul Arqam, Zakaria Mual. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan