Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam pelbagai pertandingan sempena Karnival Intelek Peringkat Sarawak di Bahagian Limbang. Foto TVS.

Perkasa daya berfikir pelajar elak bergantung teknologi moden

LIMBANG, 22 Mei: Perkembangan teknologi moden seperti aplikasi ChatGPT jika tidak dimanfaatkan dengan baik dikhuatiri akan menyebabkan kebergantungan kepada teknologi dan menjejaskan daya berfikir golongan pelajar, kata Datuk Hasbi Habibollah.

Ahli Parlimen Limbang itu menyifatkan generasi muda kini berdepan dengan proses penjanaan maklumat yang tidak lagi melalui saringan yang wajar tetapi didesak secara melulu dan senang diakses.

Menurutnya keupayaan teknologi seperti mendepani kecerdasan buatan atau AI dan ChatGPT yang memudahkan semuanya boleh menyebabkan pemikiran melalui situasi seperti makanan segera.

Oleh itu katanya golongan pelajar perlu berfikir ke arah pemerkasaan intelektual dan memahami konsep dan mengenali konteks berfikir bagi mengelak mereka bergantung kepada teknologi moden untuk berfikir dan pemudahcara.

“Perkembangan teknologi yang membawa sekali pelbagai pemudah cara untuk berfikir telah menjadikan generasi muda kita hanyut dan leka mencari jawapan pada setiap persoalan dengan timbang tara yang objektif semata-mata.

“Ini akan terus berlaku sekiranya mereka tidak mempunyai asas kewajaran berfikir untuk mendukung nilai keintelektualan itu sendiri.

“Kesannya, generasi muda kita akan terbina dengan sifat sebagai robot dalam diri mereka iaitu kebergantungan terhadap persekitaran yang berunsur manipulasi, termasuk cara berfikir, antaranya ChatGPT,” katanya

Timbalan Menteri Pengangkutan itu berkata demikian pada Karnival Intelek Peringkat Sarawak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di Bahagian Limbang bertempat di Dewan Kampung Bunga Raya hari ini.

Turut sama Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Azizul Ismail.

Hasbi berkata lagi berfikir dengan membuat analisis dan berfikir mencari kaedah untuk melakukan analisis merupakan proses yang berbeza.

Katanya, golongan muda perlu berfikir ke arah pemerkasaan intelektual sekali gus memahami konsep berfikir dan mengenali konteks berfikir.

Beliau berkata usaha DBP yang telah memulakan kerangka berfikir melalui pertandingan dalam program Karnival Intelek perlu diteruskan, di perkasa, diperbanyakkan dan dipelbagaikan agar pemupukan dan pengembangan daya berfikir dalam kalangan generasi muda dan seterusnya masyarakat umum menjadi pemangkin ke arah pembinaan negara yang maju makmur. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan