Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada KMKK Telang Usan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau di Pejabat Premier Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Penduduk Baram hargai sumbangan Abang Johari

ByBong Yi Sien

KUCHING, 22 Mei: Kerajaan Sarawak terus menerima penghargaan daripada masyarakat luar bandar atas pelbagai inisiatif pembangunan yang giat dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Dennis Ngau berkata, masyarakat kawasan Baram menyampaikan penghargaan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan dalam usaha membangunkan kawasan pedalaman serta memperkasakan pendidikan luar bandar.

“Walaupun kita yang menyampaikan ucapan terima kasih, mereka (penduduk) sangat berhasrat untuk hadir sendiri dan menyampaikan penghargaan secara peribadi kepada YAB Premier. Selain itu, mereka turut mengetengahkan beberapa keperluan lain yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pejabat Premier Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Menurutnya, antara isu utama yang dibangkitkan termasuk keperluan infrastruktur seperti jalingan jalan khusunya jalan bekas balak yang mana penduduk mengajak Premier datang ke Baram.

Beliau berkata, lawatan tersebut sedang dirancang dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Dennis turut merakamkan penghargaan khas kepada Premier atas sokongan dana khas yang diberikan kepada SMK Long Berdian, sebuah sekolah menengah di kawasan Baram yang berjaya mencatat 100 peratus kelulusan dalam Peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024.

“Tahun lepas saya menyampaikan surat permohonan dana khas untuk SMK Long Berdian dan Premier telah meluluskannya. Hasilnya, kesemua 43 pelajar yang menduduki SPM termasuk 24 pelajar daripada komuniti Penan lulus. Ini merupakan pencapaian luar biasa dan menjadikan sekolah tersebut antara yang terbaik dalam pencapaian SPM tahun lalu,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi kisah inspirasi seorang pelajar Penan yang hanya bersekolah sehingga Tahun 2 kemudian berhenti selama hampir sembilan tahun sebelum kembali menyambung persekolahan di Tingkatan 5 pada Mac 2024 dan lulus SPM.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan