Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai-pegawai kanan dari negara anggota ASEAN tiba di ibu kota bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto fail AFP

Pegawai kanan ASEAN tiba di Kuala Lumpur untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Pegawai-pegawai kanan dari negara anggota ASEAN tiba di ibu kota bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Antara yang tiba hari ini ialah pegawai-pegawai kanan ASEAN, duta Timor-Leste ke Asean, pegawai kanan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), pegawai kanan China, Wakil Tetap ke ASEAN, Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN serta delegasi berprofil tinggi yang lain.

Sidang kemuncak tahun ini menandakan pencapaian penting apabila turut menampilkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama sekali gus mencerminkan peningkatan kerjasama ASEAN dengan rantau penting yang lain.

Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (SOM) dijadualkan pada 23 Mei ini diikuti mesyuarat peringkat menteri pada 25 Mei manakala mesyuarat ketua-ketua kerajaan pula akan bermula pada 26 Mei.

Ribuan dijangka menghadiri persidangan dan langkah keselamatan yang ketat telah dilaksanakan di sekitar kawasan KLCC.

Makan malam gala khas yang dihoskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan majlis Santapan Diraja di Istana Negara akan turut diadakan sempena sidang kemuncak itu bagi meraikan delegasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan