Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan TVS

Pegawai JPJ maut dalam kemalangan dengan sebuah lori

ByBernama

KUANTAN, 22 Mei: Seorang pegawai wanita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut dalam kemalangan, selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lori ais di KM137 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan, dekat Temerloh semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata dalam kejadian 5.16 petang itu, mangsa berusia 36 tahun yang bertugas di Unit Pendakwaan JPJ Temerloh, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan dari arah Temerloh menghala ke Mentakab, sebelum lori yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai hilang kawalan.

“Lori berkenaan hampir terbabas ke sebelah kiri, namun cuba mengelak dari terlanggar besi penghadang jalan sebelah kiri, menyebabkan kenderaan itu terbalik di tengah jalan.

“Pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135LC yang berada di belakang lori itu, tidak sempat mengelak dan melanggar pada bahagian tengah kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mazlan berkata mayat wanita itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan