Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 10 Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) ditahan dalam serbuan bersepadu Ops Pintu di beberapa lokasi rumah sewa tidak bernombor di sekitar Pujut, Lutong dan Bekenu, Miri,hari ini. Foto JIM Sarawak

Ops Pintu: 10 PATI dicekup di rumah sewa sekitar Miri

MIRI, 22 Mei: Seramai 10 Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) ditahan dalam serbuan bersepadu Ops Pintu di beberapa lokasi rumah sewa tidak bernombor di sekitar Pujut, Lutong dan Bekenu di sini, hari ini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam kenyataan berkata, serbuan itu dijalankan Unit Pemantauan Kawalan dan Penguatkuasaan (UPKP), JIM Sarawak dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) iaitu sebuah unit penguatkuasa dari kerajaan negeri.

“Operasi ini digerakkan dengan kekuatan 14 anggota dari pelbagai pangkat. Gerakan Ops ini adalah hasil risikan intensif selama seminggu oleh pegawai UPKP.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa individu-individu yang ditahan ini dipercayai menjalankan aktiviti sebagai ‘mobile trader’ dengan menawarkan perkhidmatan menjual pelbagai barangan seperti karpet dan sebagainya kepada penduduk sekitar kawasan tersebut,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, aktiviti yang dijalankan ini, banyak juga menerima rungutan dari rakyat setempat.

“Hasil daripada operasi bersepadu yang dijalankan, seramai 30 individu telah diperiksa oleh pasukan Ops.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 10 orang lelaki telah ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” ujarnya kenyataan itu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan warganegara Pakistan dan seorang warganegara Indonesia, kesemua individu yang ditahan adalah lelaki.

Kesemua mereka disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah ketika diperiksa.

Kesemua suspek telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bekenu, Miri untuk tahanan dan siasatan selanjutanya.

JIM Sarawak akan terus komited dalam melaksanakan operasi secara berterusan bagi membanteras kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Usaha ini dilaksanakan bukan sahaja demi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, tetapi juga bagi memastikan kesejahteraan, ketenteraman dan keharmonian semua lapisan masyarakat terus terpelihara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan