Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki

Kawal selia di bawah DGO 2016 dilaksana sejak 2023

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 22 Mei: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi melaksanakan beberapa langkah kawal selia di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DG0 2016) sejak penguatkuasaan Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2023.

Menurut Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki, antara aktiviti kawal selia yang dilaksanakan termasuk mengeluarkan 14 lesen kepada pemain industri huluan (upstream) dan 537 lesen kepada pemain industri hiliran (downstream) di bawah DGO 2016 untuk beroperasi di Sarawak.

“Selain itu, 10 notis ketidakpatuhan juga telah dikeluarkan kepada pihak yang melakukan aktiviti pengedaran gas yang beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad mengenai status perkembangan terkini aktiviti pengawal selia dalam mengembangkan dan memudahkan pengagihan gas di Sarawak sejak penguatkuasaan RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2023.

Menurut Ibrahim Baki, jenis-jenis lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 7 DGO 2016 termasuk import gas atau regasifikasi, pemprosesan, rawatan, pengasingan, penggunaan atau pengedaran gas di Sarawak; regasifikasi gas; rawatan, pengasingan atau pemprosesan gas; pengangkutan gas; pembinaan, pengurusan atau penyelenggaraan saluran paip gas atau peralatan, kelengkapan atau mekanisme lain untuk pengedaran gas; pembekalan gas dan peruncitan gas.

Beliau turut menegaskan mana-mana pihak yang tidak mempunyai lesen boleh didenda tidak melebihi RM20 juta untuk kesalahan pertama dan 10 kali ganda untuk kesalahan seterusnya di bawah Seksyen 21A DGO 2016. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan