Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azizul berucap pada Karnival Intelek Peringkat Sarawak di Bahagian Limbang. Foto TVS.

Karnival Intelek perkasa, cungkil potensi pelajar dalam bahasa dan sastera

LIMBANG, 22 Mei: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak terus komited memperkasa intelektual generasi muda menerusi penganjuran program berterusan seperti Karnival Intelek, sejajar dengan agenda pembangunan negara.

Pengarahnya, Dr Azizul Ismail berkata karnival itu merupakan usaha bersepadu pihaknya untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang bahasa dan sastera, yang merupakan elemen penting dalam pembentukan jati diri dan kekuatan intelektual bangsa.

“Karnival Intelek ini dianjurkan bukan saja sebagai platform untuk pengayaan ilmu, tetapi karnival ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar.

“Jadi hari ini penting bagi membuktikan bahawa anak-anak di Limbang ini menjadi murid yang mempunyai kemenjadian yang tinggi,” katanya ketika berucap pada Karnival Intelek Peringkat Sarawak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di Bahagian Limbang bertempat di Dewan Kampung Bunga Raya hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah hadir memeriahkan program itu.

Bahagian Mukah dan Limbang dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Karnival Intelek pada tahun ini.

Karnival Intelek di Bahagian Mukah berlangsung pada 14 hingga 17 April lepas manakala program sama berlangsung di Bahagian Limbang pada 19 hingga 22 Mei ini.

Sebanyak 13 buah program telah dilaksanakan di Limbang sama ada dalam bentuk pertandingan, program bersifat bimbingan kreatif dan perkongisian ilmu.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan