Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat melanda beberapa bahagian di Wilayah Hunan, Tengah China bermula pada malam Rabu, menyebabkan banjir dan mendorong pemindahan penduduk, lapor Xinhua. Foto fail AFP

Hujan lebat sebabkan banjir di Hunan, Tengah China

ByBernama

CHANGSHA, 22 Mei: Hujan lebat melanda beberapa bahagian di Wilayah Hunan, Tengah China bermula pada malam Rabu, menyebabkan banjir dan mendorong pemindahan penduduk, lapor Xinhua.

Hujan lebat melanda bandar Zhangjiajie dan Changde di Hunan dengan hujan yang amat lebat dilaporkan di beberapa bahagian Daerah Cili di Zhangjiajie dan Daerah Taoyuan di Changde, yang menyebabkan banjir.

Di Kampung Shejiaping, Daerah Taoyuan, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir menjelang pagi Khamis. Pihak berkuasa tempatan mengatur pemindahan penduduk di kawasan berisiko.

Pusat Tinjauan meteorologi wilayah Hunan menaikkan tahap amaran hujan lebat kepada tahap jingga pada pagi Khamis. China mempunyai sistem amaran cuaca berwarna empat peringkat, dengan merah mewakili amaran paling serius, diikuti dengan jingga, kuning dan biru. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan