Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto UKAS (Facebook)

DUN Sarawak luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2025 RM237 juta

ByOdleen Catherny

KUCHING, 22 Mei: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2025), 2025 dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM237,660,520.

Semasa membentangkan RUU itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak RM100 juta diperlukan Jabatan Premier Sarawak untuk menampung kos sewaan perkhidmatan penerbangan sewa khas susulan peningkatan aktiviti.

“Sejumlah RM72,264,000 diperlukan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak bagi melaksanakan inisiatif wang saku khas sebanyak RM1,200 untuk setiap pelajar Sarawak yang mengikuti pengajian diploma atau ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia.

“Sebanyak RM62,271,138 diperlukan kementerian dan jabatan berkaitan bagi menampung bayaran elaun khas bulanan dan bantuan insentif sara hidup kepada semua penjawat awam Sarawak bermula Januari 2025,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua berkata, DUN Sarawak turut meluluskan peruntukan tambahan RM207 juta untuk perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2025.

“Peruntukan tambahan ini melibatkan tiga sub aktiviti iaitu RM100 juta bagi meneruskan pelaksanaan pelbagai projek rakyat dan RM107 juta untuk menambah bantuan kewangan kepada penerima yang layak di seluruh Sarawak di bawah inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS),” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan