Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek yang disyaki menembak dua anggota bomba sehingga maut dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap pada Ahad di negeri Idaho, Amerika Syarikat, ditemukan mati. Foto hiasan Envato

Dua warga emas maut kemalangan dua kenderaan di Slim River

ByBernama

IPOH, 22 Mei: Dua warga emas maut manakala lima lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Kampung Kuala Slim, Slim River malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata mangsa yang maut adalah dua lelaki masing-masing berusia 73 tahun iaitu pemandu dan penumpang kereta Proton Saga, manakala pemandu Toyota Hilux berusia 30 tahun serta penumpang yang juga empat warga asing mengalami cedera ringan.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 8.19 malam tadi dan menggerakkan lapan anggota bomba serta satu jentera ke lokasi kejadian.

“Kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang bertembung, serta mangsa iaitu pemandu dan penumpang kereta disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan