Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak buat julung kalinya melaksanakan program Sumbangsih Gawai Dayak 2025 sebagai penghargaan kepada anggota barisan hadapan yang tetap bertugas sepanjang musim perayaan Gawai Dayak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Buah tangan untuk petugas barisan hadapan sempena Gawai Dayak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 22 Mei: Kerajaan Sarawak buat julung kalinya melaksanakan program Sumbangsih Gawai Dayak 2025 sebagai penghargaan kepada anggota barisan hadapan yang tetap bertugas sepanjang musim perayaan Gawai Dayak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan inisiatif tersebut merupakan satu langkah inklusif yang lahir daripada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan prinsip keterangkuman.

“Saya mencadangkan kepada Dato Sri Fatimah Abdullah supaya kita turut membantu dan menyampaikan sedikit sebanyak imbuhan bantuan kepada rakan-rakan kita yang bertugas ketika Gawai Dayak.

“Ini termasuk anggota beruniform yang terpaksa meninggalkan keluarga demi melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan simbolik bantuan tersebut di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Abang Johari turut menekankan majlis tersebut bukan sekadar simbolik tetapi lambang keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap semua lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan.

Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah serta seluruh pasukannya atas pelaksanaan program Sumbangsih Gawai Dayak 2025 yang berjaya menghimpunkan pelbagai agensi dalam satu semangat perpaduan.

Untuk rekod, program bantuan tersebut disasarkan kepada 11 agensi penting termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta jabatan penguatkuasaan lain yang berkhidmat sepanjang perayaan.

Daripada jumlah keseluruhan 11,900 kontena bantuan yang diagihkan, ATM menerima 4,000 kontena, PDRM (2,400 kontena), JBPM (1,550 kontena), APMM (1,050 kontena), Jabatan Penjara (450 kontena), Jabatan Imigresen Malaysia (550 kontena), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (750 kontena), Jabatan Pengangkutan Jalan (550 kontena), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (250 kontena), RELA (250 kontena) dan Unit Khidmat Penjagaan Sarawak (100 kontena). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan