Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bazar Gawai Dayak 2025 di MJC Batu Kawa pada Khamis. Foto TVS

Bazar Gawai Dayak 2025 perkasa ekonomi, warnai warisan tempatan

KUCHING, 22 Mei: Bazar Gawai Dayak 2025 kini antara medium terbaik kepada komuniti Dayak dalam menghubungkan warisan budaya, semangat keusahawanan dan harapan ekonomi dalam satu acara.

Bertempat di MJC Batu Kawa dan bermula sejak 15 Mei lalu bazar ini bukan sekadar memangkin ekonomi usahawan tempatan bahkan ia turut diwarnai aktiviti adat resam Dayak di sini.

Bagi Mellannie Johnny, 18, seorang usahawan muda yang baru menjinakkan diri dalam dunia perniagaan, bazar ini menjadi titik mula yang membuka pintu lebih besar kepada impian kecilnya.

“Bagi saya, penganjuran bazar sebegini amat baik kerana selain dapat mempromosikan produk keluaran kami, ia juga turut membantu memajukan perniagaan tempatan. Kami juga berpeluang untuk memperkenalkan produk makanan serta minuman yang kami hasilkan sendiri seperti minuman soju tempatan dan shawarma, yang pertama di Kuching,” ujarnya.

Bagi peniaga keturunan Bidayuh, Jonil Jiteng, 62, bazar ini dijadikan platform untuk mempromosikan produk kraf tangan yang diusahakannya sejak tujuh tahun lalu.

“Pada pendapat saya, bazar sebegini amat membantu kami yang tidak mempunyai kedai atau premis perniagaan yang tetap. Kami mengharapkan penganjuran program sebegini untuk memasarkan produk kami. Jadi, saya menjemput semua orang untuk datang, tidak kira bangsa Bidayuh atau Dayak, malah sesiapa sahaja untuk datang ke bazar ini untuk menyokong perniagaan kami ini,” katanya.

Sementara bagi Catherine Duwith yang bekerja sebagai operator kilang, 46, bazar ini merupakan satu tempat buat dirinya serta keluarga meluangkan masa bersama-sama setelah berpenat-lelah di tempat kerja.

“Saya suka ke bazar ini kerana di sini terdapat banyak pilihan dan sesuai dengan citarasa saya. Ada banyak pilihan kraftangan, makanan dan banyak lagi, jadi datanglah ke sini kerana selain berbelanja, kita secara tidak langsung dapat membantu memperkasakan ekonomi tempatan,” jelasnya.

Untuk rekod, Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) menjadi penganjur utama Bazar Gawai Dayak 2025 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 15 Mei lalu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan