Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Royston Valentine

Ambil tindakan tegas terhadap kontraktor bermasalah

KUCHING, 22 Mei: Kontraktor bermasalah perlu diambil tindakan lebih tegas agar tiada lagi projek sakit atau terbengkalai akibat sikap sambil lewa mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, pelbagai projek dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) seluruh Sarawak yang memberi manfaat kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar.

“Namun, berlaku masalah di peringkat pelaksanaan melibatkan kontraktor tidak berintegriti sekali gus mendatangkan masalah besar kepada perancangan pembangunan secara keseluruhan.

“Oleh itu, saya mencadangkan agar projek bermasalah berlarutan akibat kecuaian kontraktor tidak perlu dibayar malah dikenakan kompaun sebagai pengajaran kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyokong usul penghargaan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di Kompleks DUN hari ini.

Sementara itu, beliau menggesa dewan sukan tertutup di bawah kendalian Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) diperbaiki dan dinaik taraf segera.

“Ini kerana ia satu-satunya dewan sukan awam lengkap yang boleh digunakan penduduk sekitar selain Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Saya dapati KSK masih belum boleh digunakan walaupun sudah dinaik taraf atas isu proses serah milik bangunan berkenaan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Sarawak.

“Saya menggesa proses serah milik ini diselesaikan segera antara agensi berkaitan agar ia dimanfaatkan penduduk sekitar Mukah,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan