BAU, 21 Mei: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak bersama isteri serta rombongan telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau hari ini.
Dalam lawatan kebajikan tersebut beliau melawat ASP Jackson Peter Kisang, Ketua Cawangan Khas Daerah IPD Bau yang menghidap sakit stroke di kediaman Taman Golden, Jalan Sungai Tengah Jalan Matang Singai.
Lawatan kebajikan ini untuk menyantuni dan bersuai kenal dengan Pegawai Kanan Polis IPD Bau bagi menunjukkan keprihatinan pucuk pimpinan PDRM terhadap Pegawai Kanan Polis yang sakit di rumah.
Beliau turut menyampaikan sumbangan dan buah tangan kepada Pegawai Kanan Polis yang dilawati bagi meringankan beban.-TVS